Monday 13 May 2013

PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA ANDA STRESS, PUTUS CINTA KE,, KENA BERHENTI KERJA KE,,, BUAT LAH NIE




Resam manusia tidak lari dari perasaan kecewa. Adakalanya begitu sukar
untuk kita menerima kekecewaan itu sehingga kita terfikir untuk
melakukan perkara perkara yang mungkin kita terfikir sewaktu kita di
dalam keadaan normal.

Berikut adalah perkara perkara yang perlu
kita buat untuk mengelakkan kita daripada terus mengalami trauma kecewa
tertonggeng monggeng dan sukar menerima hakikat diri.
1. Dalam

keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ke tempat
yang ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanya kan
mereka. �Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?�

2.
Beli makanan banyak banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan
lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan
perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku nota
anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat,
spora dan sebagainya.

3. Jika kita rindukan detik detik waktu
bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan
tabiat lama kita itu. Cepat cepat angkat telefon, dail sebarang nombor
103 Telekom Malaysia. Petugas petugas Telekom Malaysia bersedia melayan
sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda di marahi. Bagitahu mereka
yang anda baru di kecewakan dan memerlukan seorang untuk anda luahkan
perasaan anda.

4. Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga
tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman
ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur, alih semua
almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang
pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin, perompak
yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah
!!!

5. Anda rindu mendapat email dari si dia? Bukak account
email baru yang dekat dekat namanya macam email kekasih anda, dan
compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda
yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia. Taraaaaa!!!
Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email
yang seolah olah dari dia.

6. Marah pada dia? Itu adalah normal
! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda
ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil. Apabila anda
telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan
segala galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada
bantal kekabu anda. Sebarang luka luka dan lebam tidak di benarkan.
Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia,
dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi
pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut
dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak
berpuas hati dengan mainan dalaman anda.

7. Bukak tv dan
tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang
jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak
menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama di depan tv.
Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat
dan penjahat itu mati di tangan anda.

8. Jangan dengar lagu lagu
yang boleh mengingatkan anda kepada si dia. Anda masih di benarkan
mendekati radio, tetapi putarkan lagu lagu yang anda benci seperti
keroncong, lagu lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan anda
sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga si dia, dan pastinya si dia
akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian anda dengan aksi
aksi dan memek muka yang menjelekkan menandakan anda begitu marah
dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.

9. Tanam segala
harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat
rumah nenek anda untuk di simpan di sana. Berilah kebenaran untuk nenek
anda menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan
nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa satu
melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakan
si dia dengan pantas.

10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan
fikiran anda ketika anda di kecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua
perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan
terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur
berbaring. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya.
Variasi kan pergerakkan anda. Ingat, setiap aksi yang anda lakukan
memerlukan anda untuk belajar gaya baru. Anda pasti seronok dengan
perkara baru yang anda lakukan ini. Dan dengan mudah anda akan dapat
melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.
Selamat mencuba !
DAN JIKA ANDA BACA SAMPAI KE BAWAH ANDA LAH ORG YANG BERTUAH

JGN MARAH YESAJA JE COPY AND PASTE UTK ENJOY2 JE 

No comments:

Post a Comment

facebook

https://www.facebook.com/ezhar.halqi.razi